Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian perkhidmatan kaunter TAP ditutup 31 Mac

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Perkhidmatan Kaunter Pembayaran, Pendaftaran dan Pengeluaran di Cawangan Ibu Pejabat Tabung Amanah Pekerja (TAP), Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan akan ditutup pada 31 Mac bagi penutupan Tahunan Kewangan TAP 2022-2023.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TAP, di sini, perkhidmatan bagi kaunter pertanyaan umum dan e-Amanah pitstop pada 31 Mac adalah beroperasi seperti biasa iaitu dari pukul 8:15 hingga 11 pagi.

    Perkhidmatan atas talian e-Amanah, kiosk e-Info TAP dan Pusat Panggilan TAP juga akan terus beroperasi seperti biasa pada hari berkenaan.

    Bagi ahli Skim Tabungan Perumahan (STP), pembayaran caruman bulan Mac boleh dibuat melalui perbankan atas talian paling lewat 31 Mac.

    Perkhidmatan kaunter di kesemua cawangan TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada 1 April.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda