Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sebahagian ruang udara Switzerland ditutup sementara

    GENEVA, 21 JULAI — Pihak berkuasa Switzerland telah menutup sementara sebahagian kecil ruang udara di barat daya Switzerland kerana peluncur rekreasi telah membahayakan kerja pasukan kecemasan yang berusaha memadam kebakaran hutan berterusan di kawasan itu.

    Pejabat Penerbangan Awam Persekutuan hari ini berkata bahawa sekatan di ruang udara sehingga 8,000 kaki, di atas lereng bukit berhutan berhampiran dengan bandar Bitsch, akan dikuatkuasakan selama seminggu.

    Langkah itu melibatkan pesawat awam dan dron, bertujuan ‘untuk melindungi aktiviti-aktiviti berterusan pasukan tindak balas di darat dan di udara’, kata pejabat itu di laman webnya.

    Jurucakap pejabat itu, Christian Schubert, dalam satu e-mel kepada The Associated Press, berkata penutupan itu melibatkan kira-kira 40-50 kilometer persegi di kawasan yang popular dengan peluncur rekreasi.

    “Ketua kru helikopter tempatan dan skuad pemadam kebakaran meminta penutupan itu disebabkan bahaya yang ditimbulkan oleh peluncur rekreasi terhadap kerja yang sudah pun berisiko,” kata Schubert.

    Tiada insiden atau kecederaan telah dilaporkan, dan langkah itu ‘semata-mata sebagai langkah pencegahan’. – AP

    Sebuah helikopter mencurah air ke atas hutan yang masih terbakar di Bietsch, Switzerland, 18 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...