Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebahagian sambungan antarabangsa UNN sudah dibaiki

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Brunei Darussalam (AITI) memaklumkan bahawa Unified National Networks (UNN) telah selesai menjalankan kerja pembaikan ke atas sebahagian sambungan antarabangsanya.

    Baru-baru ini, UNN telah mengumumkan bahawa kesesakan dan gangguan perkhidmatan rangkaian internet yang dialami di negara ini adalah disebabkan kerosakan pada kabel-kabel bawah laut antarabangsa.

    Masalah kerosakan pada sebahagian sambungan antarabangsa tertentu telah diselesaikan dan pada masa ini menyediakan kapasiti antarabangsa tambahan bagi memastikan impak ke atas sambungan internet bagi pengguna adalah minimum, AITI memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Kenyataan menjelaskan bahawa pelanggan yang menggunakan aplikasi internet biasa seperti browsing dan penstriman video akan dapat menggunakannya dengan lancar, bagaimanapun, aplikasi tertentu termasuk permainan video dalam talian mungkin masih mengalami sedikit gangguan.

    UNN sedang bekerjasama dengan rakan-rakan kabel bawah laut untuk memulihkan sepenuhnya semua sambungan antarabangsanya menjelang minggu ketiga Mei depan, bergantung pada kebenaran-kebenaran kapal dan keadaan cuaca.

    Menurut AITI, prestasi rangkaian akan terus diawasi sementara kerja-kerja pemulihan oleh rakan-rakan konsortium sedang dijalankan.

    AITI akan terus memantai perkembangan ke atas situasi semasa dan akan memberikan kemas kini dari semasa ke semasa, tambah kenyataan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda