BEIJING, 27 Feb – Pihak berkuasa di Beijing berkata projek pengubahsuaian akan dijalankan bagi menutup beberapa bahagian Tembok Besar Jiankou, terletak di bahagian utara daerah Huairou.
Rancangan pengubahsuaian itu ini diluluskan baru-baru ini oleh Pentadbiran Warisan Kebudayaan Kebangsaan. Tembok Besar itu memiliki kejauhan 2,772 meter dengan 17 menara turut terlibat dalam projek tersebut, menurut pentadbiran daerah Huairou.
Pengubahsuaian di bahagian timur Tembok Besar Jiankou akan bermula pada Ogos nanti dan dijangka selesai menjelang Ogos 2020. Bermula 2020 hingga 2021, bahagian selatan tembok itu akan diubahsuai.
Dengan kejauhan 7,952 meter, Tembok Besar Jiankou dibina pada Dinasti Ming (1368-1644), terletak di pergunungan yang curam, bahagian Tembok Besar itu sebelum ini terabai dan semakin lama semakin rosak.
Beberapa tahun kebelakangan, Beijing telah memfokuskan kepada penyelenggaraan bahagian Jiankau di Tembok Besar itu.
Sepanjang 1,487 meter tembok itu telah diubahsuai. Pengubahsuaian bagi 744 meter itu lagi akan selesai pada akhir tahun ini.
Bandar itu mensasarkan untuk menyelesaikan projek pengubahsuaian seluruh Tembok Besar Jiankou dalam tempoh lima tahun ke depan. – Xinhua