Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebar cinta melalui seni lukisan berbentuk hati

    ALAMEDA – Deirdre Freeman berjalan dari rumahnya, membawa bersama lukisan besar, warna-warni dan beg dengan penukul serta paku. Tempat yang dituju ialah tiang telefon di persimpangan yang sibuk, di mana dia akan menggantungkan lukisan ‘bentuk hati’ terbesar setakat ini.

    Matlamatnya mudah iaitu untuk menyebarkan senyuman dan cinta yang sangat diperlukan untuk orang ramai, lukisan akrilik di atas kanvas berukuran 18 kali 24 inci, yang mempamerkan bentuk hati berwarna merah dengan rekaan yang pelik – lukisan kebiasaannya telah dikongsikan di tempat awam.

    “Saya berharap ia akan kekal di sana dengan lebih lama,” katanya, ketika menukul lukisan di kawasan yang sesak. “Kadangkala kereta akan membunyikan hon dan melambai apabila mereka melihat apa yang saya lakukan.”

    Dia juga dikenali di sekitar bandar. “Oh, dia seorang wanita yang baik hati,” orang ramai bercakap mengenainya.

    Projek tersebut bermula dua tahun lalu dengan Freeman memotong kertas kecil berbentuk hati untuk lukisannya, menulis pesanan di belakangnya, menggantung ke pokok-pokok di seluruh bandar dan menghantarnya ke seluruh dunia. Kira-kira 6,500 lukisan berbentuk hati berjaya sampai ke negara seperti Itali, Perancis, Portugal dan Jepun.

    Hasil lukisan berbentuk hati digantung di tiang-tiang di seluruh kawasan kejiranan. Setakat ini sebanyak 120 buah lukisan telah digantung bagi memberikan pesanan mudah kepada orang ramai. – AP

    Deirdre Freeman ketika menghasilkan lukisannya di sebuah studio di Alameda, California. – AP
    Antara lukisan yang telah dihasilkan. – AP

    “Ia sememangnya kecintaan yang sangat banyak,” katanya.

    Kini, dia mereka lukisan yang lebih besar daripada sebelumnya. Freeman menggantungkan lebih 120 lukisan berbentuk hati hasil tangannya, setiap lukisan mengambil masa antara satu hingga empat jam untuk disiapkan. Dia mengimpikan hasil seninya akan sampai di papan iklan.

    Seorang ahli pertuturan patologi yang meninggalkan kerjayanya 12 tahun yang lalu untuk membesarkan dua orang anaknya, Freeman selalu teringin menjadi seorang pelukis tetapi masanya tidak sesuai sehingga baru-baru ini.

    Kini berusia 50 tahun, dia lebih gembira untuk dapat membuat perubahan pada hari, minggu atau bulan seseorang, untuk membuatkan mereka sentiasa senyum atau sekadar mengalihkan tumpuan dengan cara yang manis daripada cabaran hidup seharian, terutama semasa pandemik. Seorang lelaki memberitahunya dia merasa sangat tertekan dan apabila dia ternampak lukisan berbentuk hati, ia membuatkan mereka merasa jauh daripada kesepian.

    Seorang ibu mengongsikan bagaimana anaknya yang muda ternampak lukisan Freeman di sebuah tiang dan bagaimana dia menyukai projek yang membuatkan dirinya merasa selamat dalam komuniti di mana ia berada.

    Dia tidak pernah meminta kebenaran secara formal daripada bandar Alameda untuk melakukan projek ini – tetapi tiada seorang pun yang membantah atau cuba menghalangnya setakat ini. Dia memuat naik lukisan yang sedang dalam pembikinan menerusi laman Facebook miliknya dengan satu pesanan mudah iaitu ‘untuk digantung di tiang-tiang’.

    “Kadangkala saya sembunyikannya di tempat yang tersembunyi,” ujarnya. Ada kalanya dia mengongsikan gambar sisipan dalam media sosial untuk melihat orang pertama yang menjumpai gambar tersebut di kawasan kejiranan yang ramai di East Bay, luar San Francisco.

    Sebilangan gambar sudah luntur, rosak atau musnah disebabkan terdedah kepada keadaan di luar. Freeman hanya memperbaikinya apabila dapat dilakukan atau menggantikan dengan lukisan yang baharu.

    Hasil karyanya ada yang bertahan tergantung di tiang selama lebih daripada satu tahun setengah, sementara lukisan lain hilang hanya selepas beberapa hari. Sebahagian lagi telah diambil – pada hakikatnya, dia nampak satu lukisan diletakkan di kawasan kejiranannya. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda