Sebar kasih sayang bersama insan-insan istimewa

Oleh Nurdiyanah R.
Gambar serahan MMPB

Menyaksikan situasi dunia dan tidak terkecuali negara kita yang masih dibelenggu penularan wabak COVID-19, tidak mengira siapa, keresahan, kesedihan dan ketidaktentuan pasti terkesan dengan cabaran dan dugaan yang diwujudkan wabak itu.

Dalam kita bersatu meringankan bebanan para petugas barisan hadapan yang menanai amanah dan tanggungjawab tidak mengira masa bagi membendung penularan wabak, kadang kala kita lupa akan insan-insan yang memerlukan perhatian kita.

“Meskipun negara masih menghadapi gelombang kedua penularan COVID-19, ia bukanlah penghalang untuk kami untuk terus melangkah bersama membantu golongan masyarakat yang memerlukan dan tidak terkecuali anak-anak istimewa.

“Mereka juga memerlukan perhatian kita di kala masyarakat berdepan dengan cabaran pandemik pada masa kini agar mereka merasa disayangi,” itulah antara luahan tulus daripada Presiden Malam Minggu Pusat Belia (MMPB), Hajah Noor Monasaliena @ Suzie binti Haji Mohd Salleh semasa berkongsi pengalaman menyertai acara penyampaian sumbangan kepada 30 anak istimewa di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong, baru-baru ini.

Sebarkan kasih sayang bersama anak istimewa

Adapun kegiatan kemasyarakatan yang bersempena dengan Bulan Kesedaran Sindrom Down pada Oktober lalu bertemakan Spread Your Love, Once Step Closer itu telah dilaksanakan oleh ahli-ahli jawatankuasa MMPB de ngan kerjasama EA Production di mana sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada orang ramai dan beberapa buah syarikat di negara ini.

Senyuman anak-anak istimewa begitu berharga yang pastinya memerlukan perhatian masyarakat.
Ahli-ahli jawatankuasa MMPB dengan kerjasama EA Production tetap komited bersatu mengadakan acara penyampaian sumbangan kepada 30 anak istimewa di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Tutong, baru-baru ini.
Buku mewarna hasil daripada Guerrilla Artchitects dan pelajar-pelajar Kolej IGS sebagai sumbangan yang diagih-agihkan kepada anak-anak istimewa.

Ahli-ahli jawatankuasa MMPB turut tidak ketinggalan memainkan peranan tanggungjawab sosialnya dalam memeduli golongan warga emas di negara ini dengan mengadakan lawatan seketika ke beberapa buah kediaman mereka dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan asasi.
Kegiatan kemasyarakatan bersempena dengan Bulan Kesedaran Sindrom Down pada Oktober lalu telah dilaksanakan, di mana sumbangan berkenaan merupakan hasil kutipan daripada orang ramai dan beberapa buah syarikat di negara ini.

Turut menyertai penyampaian sumbangan ialah Timbalan Presiden MMPB, Dayang Aeta Naqiah Hariraya dan ahli-ahli MMPB lain serta EA Production.

Dengan adanya kegiatan berkenaan, MMPB juga berharap akan terus sama-sama memberikan bantuan dan membantu pihak kerajaan dalam menangani COVID-19 di negara ini dengan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Antara yang turut menghulurkan dan sekali gus menjayakan inisiatif berkenaan ialah McDonald’s Brunei dan Mc Cafe, Pusat Pembangunan Belia, Printmartz, Snappeas, HSN Fitness, Perfect Vision, Kolej IGS, Guerrilla Artchitects, Marvelous Brunei dan rakan-rakan MMPB.

Golongan warga emas tetap dipeduli

Dalam pada itu, jasa dan pengorbanan yang telah disumbangkan oleh golongan warga emas terhadap pembangunan keluarga, masyarakat dan negara memang tidak dapat dinafikan. Atas sumbangan dan bakti merekalah lahirnya generasi berwawasan masa kini yang menjadi penerus kepada pemba ngunan masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Justeru itu, ahli-ahli jawatankuasa MMPB turut tidak ketinggalan memain kan peranan tanggungjawab sosialnya dalam memeduli golongan warga emas di negara ini dengan mengadakan lawatan seketika ke beberapa buah kediaman mereka dengan menghulurkan sumba ngan barangan keperluan asasi, baru-baru ini.

Dengan adanya sumbangan berkenaan, ia bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan mereka, malah juga dapat mengukir senyuman kebahagiaan dan kegembiraan di hati mereka.

Saling menyayangi dan memelihara insan-insan yang memerlukan bantuan sangat dituntut dalam Islam. Betapa besarnya rahmat Allah SWT kurniakan bagi sesiapa yang saling mengamalkan amalan bersedekah atau menderma. Ini terbukti melalui firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 sebagaimana tafsirnya.

“Bandingan derma orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.

“Dan ingatlah Allah SWT akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah maha luas rahmat kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.”