Oleh Salawati Haji Yahya –
UTONG, 28 FEB – Dalam usaha memberi keceriaan kepada keluarga yang memerlukan di Daerah Tutong, Gleneagles JPMC telah mengadakan kempen amal di Daerah Tutong, baru-baru ini.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR), Gleneagles JPMC, telah menyampaikan sumbangan berupa makanan asasi dan keperluan untuk bulan Ramadan kepada lapan keluarga.
Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Gleneagles JPMC, Awang ‘Izzul Hamzi bin Haji Jomari bersama 20 sukarelawan dari Gleneagles JPMC.
Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen Gleneagles JPMC terhadap kebajikan masyarakat dan usaha yang berterusan untuk menyokong keluarga yang kurang bernasib baik.
Kerjasama dengan Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) bagi membantu mengenal pasti keluarga juga telah memainkan peranan dalam mengembangkan usaha murni tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Gleneagles JPMC, Dr Peter Tay menjelaskan, “Matlamat kami bukan hanya untuk memberikan bantuan tetapi juga membawa keceriaan dan galakan kepada keluarga semasa Ramadan,” katanya.
“Kami percaya dengan memberikan kembali kepada masyarakat dan memastikan tidak ada yang ketinggalan,” tambahnya.
Kempen tersebut termasuk sumbangan pemberian wang tunai dan pengagihan barangan makanan penting dan keperluan lain untuk membantu meringankan beban keluarga sempena persiapan menjelang Ramadan.
