KUALA BELAIT, 1 April – Dalam usaha menyemai kewaspadaan di jalan raya di negara ini, Majlis Kebangsaan keselamatan Jalan Raya (MKKJR) hari ini mengagih-agihkan risalah keselamatan bertajuk ‘Share the Road: Responsibility for All’ kepada pengguna jalan raya yang menyertai Program Kuala BelaitKu Ceria di Taman Jubli Perak, Kuala Belait.
Pengagihan yang merupakan sebahagian daripada perancangan tahunan pemberigaan keselamatan jalan raya disempurnakan oleh duta-duta MKKJR, Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad, Pengerusi Persatuan Insurans dan Takaful Brunei (BITA), Haji Osman bin Haji Mohd Jair dan para penghulu serta ketua-ketua kampung Daerah Belait.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)