Tuesday, May 20, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebar luas penggunaan bahasa isyarat menerusi lagu

    KUALA LUMPUR, 20 MEI – Biasanya, penggunaan bahasa isyarat dilihat hanya untuk golongan kurang upaya pendengaran dan mereka yang berkenaan, justeru tidak ada keperluan untuk dipelajari oleh mereka yang lain, sementelah gerakan tangan yang dibuat untuk berkomunikasi itu juga kelihatan agak kompleks.   

    Namun usaha beberapa pihak termasuk penyanyi sohor di Malaysia mula ‘mempopularkan’ bahasa isyarat, membuktikan tidak sukar untuk masyarakat umum mempelajari bahasa berkenaan.  Contohnya video muzik Angkat dan Serumpun, penyanyi Mimifly mencetuskan trend apabila bahasa isyarat yang dijadikan sebahagian daripada gerak tari. Sebelum itu, penyanyi Nabila Razali juga mencuri tumpuan apabila menterjemahkan lirik lagu Raya Mana ke dalam bahasa isyarat yang dipelajarinya daripada YouTube.

    Bagi seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah di Negeri Sembilan, Abdul Halim Mohd Nasa, beliau melihat masyarakat kini lebih terbuka dan bersedia untuk mempelajari bahasa isyarat.

    “Sebagai pendidik bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas  (masalah pendengaran), kita gembira apabila ada pihak termasuk kelompok anak seni yang mengangkat dan memperkasa bahasa isyarat ini yang secara tidak langsung turut mengiktiraf kehadiran komuniti pekak dalam masyarakat.

    “Ia sebagai langkah yang baik untuk menggalakkan lebih ramai belajar bahasa isyarat, yang bagi saya adalah satu keperluan apabila kita perlu berinteraksi dengan golongan pekak ini,” katanya kepada Bernama.

    Berkongsi pengalamannya mengajar golongan itu sejak 15 tahun lalu, pada peringkat awal beliau hanya mempunyai pengetahuan asas sebelum mengambil inisiatif belajar sendiri daripada pelajar dan guru-guru lain, di samping menyertai kursus pendek anjuran pelbagai pihak termasuk Persekutuan Orang Pekak Malaysia.

    Kini beliau memanfaatkan laman sosial TikTok, berkongsi pengetahuannya dengan masyarakat umum dengan menggunakan pendekatan kreatif menterjemahkan lirik lagu kepada bahasa isyarat yang mencuri perhatian pengikutnya.

    “Waktu itu saya berniat hanya mahu wujudkan kesedaran supaya lebih ramai orang belajar dan berkomunikasi dalam bahasa isyarat. Bagi saya pendekatan ini lebih mudah, kerana selain berhibur, pada masa sama kita juga mendidik,” katanya yang mempunyai lebih 27,000 pengikut di TikTok.

    Sejak 2022, Abdul Halim aktif memuat naik kandungan yang mengetengahkan lagu-lagu popular dan tular untuk menampilkan beliau melakukan segerak bibir (lip-sync) yang diselarikan dengan gerakan tangan serta mimik muka.

    “Kebanyakan lagu-lagu ini adalah permintaan daripada pengikut TikTok dan saya sekadar memenuhi permintaan mereka untuk belajar bahasa isyarat asas menerusi kandungan video saya. Saya tidak sangka ia menerima maklum balas yang positif dan pengikut mahu saya perbanyakkan lagi video sebegini. Namun  kekangan masa membataskan sedikit untuk saya aktif  membuat kandungan,” katanya.

    Sementara itu, Dr Mohd Norazmi Nordin dari Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahasa isyarat merupakan bahasa atau bentuk komunikasi visual yang menekankan pada penggunaan tangan, ekspresi muka dan gerakan tubuh dalam menyampaikan mesej.

    Gambar Freepik

    Katanya dengan memahami bahasa isyarat, ahli masyarakat dapat berkomunikasi secara lebih efektif dengan golongan pekak dan bisu yang secara tidak langsung membantu meningkatkan interaksi sosial, memupuk empati serta mengurangkan jurang antara individu tipikal dan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

    “Jika lebih ramai orang biasa menguasai bahasa isyarat, komunikasi dua hala akan menjadi lebih inklusif dan harmoni. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti pekak, malah memudahkan urusan seharian seperti dalam perkhidmatan pelanggan, pendidikan dan situasi kecemasan.

    “Bahasa isyarat juga harus dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia. Kewujudan bahasa ini dapat menjadikan masyarakat negara ini lebih inklusif dengan menerima setiap keadaan ahli dalam komuniti,’’ katanya.

    Bagaimanapun jelas beliau, bahasa isyarat yang digunakan dalam komuniti tersebut bukan sekadar ‘isyarat biasa’ tetapi mempunyai struktur tatabahasa tersendiri sepertimana bahasa pertuturan lain.

    Jelasnya, Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) diiktiraf sebagai bahasa rasmi komuniti pekak dan dibangunkan berdasarkan struktur bahasa Melayu selain mempunyai ciri-ciri visual dan linguistik yang unik.

    “Dalam pendidikan di sekolah, kita juga mempunyai Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) yang lebih berstruktur dari segi sintaksis dan morfologi bahasa. Kedua-dua struktur ini mempunyai peranan yang tersendiri dan penting dalam komunikasi ataupun proses pembelajaran bahasa OKU ketidakupayaan pendengaran,” kata beliau.

     Mengulas lanjut, beliau berkata bahasa isyarat perlu diperluaskan lagi penggunaannya dalam semua saluran komunikasi rasmi termasuk media cetak dan elektronik.

    Tambahnya, langkah pusat media yang mengetengahkan jurubahasa isyarat untuk siaran berita wajar dijadikan contoh oleh stesen televisyen yang lain.

    “Masyarakat pekak juga berhak mendapat akses terhadap maklumat, sama seperti orang lain. Kita perlu bergerak ke arah penyiaran yang benar-benar mesra OKU.

    “Dengan memperluas penggunaan jurubahasa isyarat di media massa, kita bukan sahaja memberi hak akses kepada golongan pekak, tetapi turut mendidik penonton lain tentang keperluan komunikasi inklusif. Ini akan meningkatkan kesedaran umum bahawa setiap rakyat, tanpa mengira keupayaan, harus mendapat peluang yang sama untuk menerima maklumat dan berita,” katanya.

    Gambar Pexels

    Tambah beliau lagi, kehadiran jurubahasa isyarat di kaca-kaca  TV  turut memberi pendedahan secara langsung kepada jutaan penonton untuk mempelajari bahasa isyarat, tidak hanya terhad kepada golongan pekak dan bisu.

    “Mungkin akan ada inisiatif  yang lebih menarik selepas ini, misalnya mewujudkan jurubahasa isyarat yang dikenali (ramai) seperti daripada golongan selebriti, yang secara tidak langsung akan membuka ruang kerjaya baharu, sekali gus meningkatkan imej bahasa isyarat itu sendiri,’’ katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/scatter-hitam/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-zeus/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-garansi-kekalahan/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-5k/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/css/slot-depo-10k/