Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebilion jam video YouTube ditonton setiap hari

    SAN FRANCISCO, 28 Feb – YouTube berkata semalam video satu bilion jam sedang ditonton setiap hari di saluran tontonan online milik Google dalam “peristiwa penting besar” untuk perkhidmatannya.

    “Biarlah kami melihatnya mengikut perspektif,” kata naib presiden kejuruteraan YouTube Cristos Goodrow dalam pos online ketika mengumumkan pencapaian tersebut.

    “Jika anda duduk dan menonton satu bilion jam YouTube, ia akan mengambil masa 100,000 tahun.”

    Penggunaan video online telah pun meningkat, dengan Google, Facebook, Twitter dan firma internet lain berusaha menambah penonton di samping pemotongan bayaran periklanan mereka yang biasanya dikhaskan untuk televisyen.

    YouTube pada awal Februari mulai membenarkan personaliti video online popular menyiarkan dengan menggunakan telefon bimbit, sekali gus menimbulkan cabaran kepada Facebook dan Twitter dalam arena streaming secara langsung.

    YouTube milik Google telah menyokong streaming video secara langsung menerusi komputer selama kira-kira enam tahun, malah menyiarkan perdebatan presiden AS di internet.

    Rangkaian sosial terkenal Facebook dan perkhidmatan mesej Twitter telah menambah keupayaan sedemikian kepada aplikasi peranti mereka.

    Syarikat induk Google Alphabet pada Januari melaporkan keuntungannya dalam tiga bulan terakhir tahun lalu melonjak disebabkan pertumbuhan dalam pencarian peranti dan perkhidmatan perkongsian video YouTube. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda