Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebuah kedai dengan pelbagai kemudahan di Taiwan

    SAMA ADA anda ingin meminjam buku, membeli tiket kereta api, mengambil makanan anda yang sudah dipesan melalui Online, sebuah kedai di Taiwan telah menawarkan satu konsep sebuah kedai yang menawarkan pelbagai kemudahan untuk setiap pengunjungnya. Taiwan dianggarkan mempunyai penduduk sekitar 23 juta dan rumah kepada kedai yang mempunyai pelbagai fungsi di dunia malah dicatatkan seramai 10,000 unit di seluruh pulau tersebut. Disebabkan semakin banyak peningkatan pusat-pusat membeli-belah di pulau itu, beberapa buah kedai runcit cuba mempelbagaikan lagi kemudahan yang ditawarkan khusus untuk pelanggan-pelanggan mereka.

    Selain menjual barang perkakas umum seperti snek dan kelengkapan tandas, Taiwan 7-Elevens dan FamilyMarts telah mula melangkah menawarkan pelbagai jenis makanan panas iaitu dari hidangan sup kepada daging dan ayam selama 24 jam.

    Kini, kedai-kedai runcit itu telah mula membesarkan ruang makan mereka dan cuba menambah lagi menu-menu yang dihidangkan kepada pelanggan seperti Japanese Ramen, Korean Kimchi Stew, Pesto Pasta dan menu ini cukup lengkap dengan catatan kalorinya.

    FamilyMart merupakan sebuah kedai yang berasal dari Jepun dan telah diperkenalkan di Taiwan dengan beberapa kerjasama daripada beberapa buah vendor di negara itu yang memperkenalkan gastronomi organik, Tanhou dan menjual pelbagai jenis ikan serta roti-roti yang beraneka. Namun trend baru telah mula menguasai kepulauan itu apatah lagi penguasaan komunikasi yang semakin meningkat membuatkan kedai-kedai runcit cuba mencipta satu konsep iaitu ‘One Stop Shop’ di Taiwan.

    Pasaran Taiwan dianggarkan meraih keuntungan sekitar AS$35 bilion dan bilangan itu semakin meningkat sebanyak 11 peratus pada tahun ini. Namun kebanyakan pelanggan masih lagi mengamalkan cara tradisi iaitu membayar secara tunai namun sesetengah pembeli memilih secara online turut meningkat malah memudahkan para pembeli. Pembeli akan datang ke kedai dan mengambil makanan atau barang yang telah dipesan.

    m10 Taiwan - 5_040217

    Selain menjual barang perkakas umum seperti snek dan kelengkapan tandas, Taiwan 7-Elevens dan FamilyMarts telah mula melangkah menawarkan pelbagai jenis makanan panas iaitu dari hidangan sup kepada daging dan ayam selama 24 jam. – AFP
    Selain menjual barang perkakas umum seperti snek dan kelengkapan tandas, Taiwan 7-Elevens dan FamilyMarts telah mula melangkah menawarkan pelbagai jenis makanan panas iaitu dari hidangan sup kepada daging dan ayam selama 24 jam. – AFP

    Salah sebuah vendor online, MorningShop turut menyediakan kemudahan sarapan pagi dan snek kesihatan serta perwakilan vendor itu berkata bahawa mereka telah meraih keuntungan sekitar 85 peratus terhadap jualan mereka malah kebanyakan pembeli memesan secara online. “Keraguan terha-dap keselamatan membeli secara online masih lagi menjadi isu utama namun perkara itu tidak pernah dielakkan,” kata Chris Chen, pengurus produk firma kepada wartawan AFP.

    Firma tersebut telah memperolehi penjualan yang memberangsangkan iaitu AS$19,739 pada tahun 2015 kepada AS$30 juta dalam pertengahan bulan tahun ini. Justeru, kedai yang mempunyai pelbagai kemudahan ini turut menerima keuntungan daripada pelbagai pelaburan komersial. Kedai-kedai ini meraih keuntungan dengan urus niaga yang menguntungkan dan isi padu jualan ditukar kepada ‘Moneyspinner’.

    Kedai FamilyMart menyasarkan untuk memasarkan jualan mereka dengan konsep ‘e-commerce’ sehingga 10 peratus dalam masa lima tahun. Presiden Chain Store Corp (PCSC) yang memiliki beberapa cawangan Taiwan di AS, 7-Eleven berkata bahawa pembayaran tunai selepas pesanan secara Online sedikit sebanyak menghilang-kan rasa ketakutan terhadap pembelian secara Online malah Taiwan berupaya untuk melakukan konsep ini disebabkan ukuran pulau ini yang sangat kecil.”

    ‘Plugged in’

    Kedai pelbagai kemudahan ini turut menyediakan pelbagai kelengkapan sehari-hari malah kedai-kedai seumpama ini turut menawarkan perkhidmatan penghantaran dari pulau ke pulau dan dari kampung ke kampung.

    7-Eleven telah memperkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai ‘iBoni’ dan aplikasi sistem ini dilengkapi dengan pelbagai isi padu kemudahan yang terdapat di dalam farmasi seperti untuk mencetak gambar, membeli tiket kereta api, membeli tiket konsert, membayar denda dan sebagainya. – AFP
    7-Eleven telah memperkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai ‘iBoni’ dan aplikasi sistem ini dilengkapi dengan pelbagai isi padu kemudahan yang terdapat di dalam farmasi seperti untuk mencetak gambar, membeli tiket kereta api, membeli tiket konsert, membayar denda dan sebagainya. – AFP
    Namun kebanyakan pelanggan masih lagi mengamalkan cara tradisi iaitu membayar secara tunai namun sesetengah pembeli memilih secara Online turut meningkat malah memudahkan para pembeli. – AFP
    Namun kebanyakan pelanggan masih lagi mengamalkan cara tradisi iaitu membayar secara tunai namun sesetengah pembeli memilih secara Online turut meningkat malah memudahkan para pembeli. – AFP

    Salah seorang pelanggan setia, iaitu seorang pelajar yang bernama Lee Yun Hsuan telah meletakkan portal kedai-kedai ini di buku perkhidmatannya untuk mencari dan memerlukan sesuatu untuk pengajiannya di Universiti. Lee yang berusia 20 tahun itu sering menghantar beberapa kotak buku ke kedai pelbagai kemudahan yang terletak berdekatan dengan kampus universiti untuk dihantar ke rumahnya di Taipei. “Jabatan Perkhidmatan Pos tidak ada di mana-mana dan tidak selalu buka, oleh itu kedai ini memang memudahkan urusan kami setiap hari,” tambah Lee kepada wartawan AFP.

    Sekarang, kedai-kedai pelbagai kemudahan ini sedang mengorak langkah untuk menyediakan kemudahan baru khususnya dalam penggunaan Internet dalam telefon bimbit. 7-Eleven telah memperkenalkan sistem baru yang dikenali sebagai ‘iBoni’ dan aplikasi sistem ini dilengkapi dengan pelbagai isi padu kemudahan yang terdapat di dalam farmasi seperti untuk mencetak gambar, membeli tiket kereta api, membeli tiket konsert, membayar denda dan sebagainya. “Kami ingin melihat orang ramai mempunyai iBoni di dalam poket mereka kerana ia memudahkan,” kata pengasas PCSC kepada wartawan AFP.

    Setelah mengalami pelbagai kemudahan yang dinamik, para penduduk telah mengambil manfaat dengan adanya kedai-kedai pelbagai kemudahan ini dan menggunakan segala tawaran yang telah ditawarkan. Salah seorang penduduk, Serena Chen berkata bahawa beliau akan pergi ke kedai sebanyak dua kali dalam satu minggu, membayar bil di kaunter dan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di kedai itu.

    “Saya juga sering kali menggunakan perkhidmatan kedai itu untuk memesan dan mengambil barang-barang yang saya beli secara Online dan ia memang menyenangkan saya. Namun setiap kali saya merasa tertekan, saya akan datang ke kedai ini setiap hari dan memakan pelbagai snek,” tambah Serena mengakhiri temu ramah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda