Friday, January 17, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebuah keluarga Filipina lafaz Dua Kalimah Syahadah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Sebuah keluarga berbangsa Filipina telah memilih agama Islam sebagai pegangan hidup baharu mereka setelah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada satu majlis pengislaman di Kampung Batong, Daerah Brunei dan Muara semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pengarah Pusat Dakwah Isla-miah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah oleh Albert Obelosa Gavino, 35 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Muhammad Makeen Albert bin Abdullah.

    Lafaz pengislaman kemudian disusuli oleh isteri beliau Princess Cunanan Guillermo, 35 tahun, yang memilih nama Islamnya sebagai Raf a Princess binti Abdullah dan dua anak pasangan tersebut iaitu Dirk Mycley Guillermo Abonales, lapan tahun, dengan nama Islamnya sebagai Ridhwan bin Abdullah, manakala Aeris Lucas Guillermo Gavino, lapan bulan sebagai Omar Lucas bin Muhammad Makeen Albert.

    Majlis kemudian menyaksikan tetamu kehormat menyampaikan cenderamata kepada saudara-saudara baharu diraikan yang diiringi dengan Dikir Marhaban dan taburan bunga rampai serta diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Sejak Januari hingga Jun 2023, seramai 192 orang yang telah memeluk agama Islam di Daerah Brunei dan Muara.

    Daripada jumlah tersebut, 33 orang daripadanya adalah berbangsa Filipina.

    Haji Abdul Rajid menyampaikan cenderamata kepada keluarga Muhammad Makeen Albert. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Raf a Princess semasa melafazkan Dua Kalimah Syahadah. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda