Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebuah keluarga terkorban akibat bom

    MAIMANA, Afghanistan, 24 Okt – Seorang anggota Taliban, isteri dan dua anaknya maut selepas bom yang dihasilkannya meletup di rumahnya di utara wilayah Faryab, Afghanistan pada Isnin, kata seorang jurucakap polis wilayah.

    Jurucakap polis Abdul Karim Yurash berkata, ketika kejadian Mullah Sadrudin sedang membuat periuk api di rumahnya apabila ia meletup tiba-tiba.

    Beliau berkata kanak-kanak yang maut itu berusia lima dan lapan tahun, lapor agensi berita Xinhua.

    Bom itu dikatakan akan digunakan untuk menyasarkan konvoi keselamatan di wilayah terpencil, katanya.

    Mlitan Taliban, yang mengawal bahagian wilayah Faryab sebahagian besarnya bergantung kepada pengebom nekad dan bom yang diletak di bahu jalan untuk menyerang pihak berkuasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda