Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebuah lagi kereta terbakar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Tindakan pantas pemilik berjaya memadamkan kebakaran pada kereta jenis SUV dalam insiden yang berlaku di Kampung Jangsak, awal pagi kelmarin.

    JBP dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa enam orang anggota dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi ‘A’ yang diketuai oleh Pemangku DSO Mohd Rafie bin Abdul Latif, dikejarkan ke lokasi pada pukul 4:43 pagi.

    Kebakaran kereta SUV berwarna hitam dalam keadaan ‘parking’ itu telah berjaya dipadamkan oleh pemilik kereta sebelum bomba sampai. Anggota bomba dan penyelamat bertindak memakai set alat pernafasan dan memadam bara-bara api dengan air diperoleh dari tangki kereta bomba.

    Kenyataan menyatakan bahawa tidak ada sebarang kemalangan jiwa berlaku dengan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Sebuah kereta jenis SUV dalam keadaan ‘parking’ terbakar dan api berjaya dipadamkan oleh pemilik kereta dalam insiden kebakaran kereta yang berlaku di Kampung Jangsak, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda