Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sebutan kes curi kucing ditetapkan 12 Mac

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Feb – Mahkamah Majistret, hari ini, menetapkan 12 Mac untuk sebutan seterusnya bagi kes seorang lelaki yang menghadapi tuduhan mencuri seekor kucing.

    Majistret Kanan Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar menetapkan tarikh itu bagi Pengiran Rafiuddin bin Pengiran Mohammad, 31, yang pengakuan bersalahnya ditarik balik kepada ‘tidak bersalah’ selepas mendengar tertuduh memberitahu mahkamah yang dia ‘terpaksa’ melakukan kesalahan itu kerana diugut oleh rakannya yang telah mengacukan gunting di bahagian tepi badannya.

    Tertuduh bersama rakannya yang masih bebas didakwa mencuri seekor kucing berbulu panjang dari kawasan rumah di Perpindahan Kampung Lambak Kanan sekitar jam 2:47 pagi pada 10 Februari 2018.

    Kes didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamilah binti Awang Mohamad yang mengemukakan dakwaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Penggal 22 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi daripada tiga tahun, denda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda