Sunday, June 30, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Sebutan semula kes bunuh pelajar kolej vokasional 25 Julai ini

    LAHAD DATU, 27 JUN – Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 25 Julai untuk sebutan semula kes membabitkan 13 pelajar lelaki kolej vokasional, yang berhadapan pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di kolej sama, pada Mac lepas.

    Pelajar antara 16 hingga 19 tahun itu dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7:38 pagi 22 Mac.

    Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 24 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

    Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup, kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao manakala lapan daripada 13 remaja itu diwakili peguam Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Amirul Amin Rashid serta Chen Wen Jye; manakala seorang remaja diwakili peguam Abdul Ghani Zelika dan empat lagi tidak diwakili peguam.

    Sementara ketika ditemui di luar mahkamah, Kamarudin berkata laporan kimia serta bedah siasat kes berkenaan masih belum siap dan berikutan itu mahkamah menetapkan 25 Julai untuk penyerahan dokumen. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...