Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Sebutan semula kes tembak di KLIA 11 Ogos ini

    KOTA BHARU, 30 JUN – Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 11 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang pengurus syarikat agensi pelancongan di Malaysia yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api.

    Hakim Zulkifli Abllah memaklumkan tarikh berkenaan adalah untuk pengurusan kes dan status permohonan tertuduh Hafizul Hawari, 38, untuk dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sepang.

    Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad.

    Peguam Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman berkata prosiding hari ini juga adalah sebutan semula kes, namun pihaknya belum mendapat keputusan berhubung permohonan yang dibuat.

    Pada prosiding berkenaan Nik Mohd Faris Syazwan memohon untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sepang kerana anak guamnya berhadapan dengan pertuduhan lain di Selangor, melibatkan kes cubaan membunuh.

    “Tertuduh kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh dan kami menunggu kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor,” katanya.

    Pada 24 April lepas, Hafizul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api. – Bernama

    Pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari, 38, (tengah) didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api di Mahkamah Sesyen hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...