Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SEDA yakin kemampuan Malaysia capai sasaran menjelang 2050

    KUALA LUMPUR, 28 NOV – Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yakin Malaysia mampu mencapai matlamat pelepasan karbon sifar menjelang 2050 dan meletakkan status negara tersebut sebagai negara maju menerusi kerjasama kukuh dengan semua pihak berkepentingan.

    Pengerusinya, Ahmad Zairin Ismail berkata ia penting bagi pelbagai pihak berkepentingan, pemain industri dan orang ramai bekerjasama dalam memastikan matlamat pelepasan karbon sifar dan kapasiti 70 peratus tenaga boleh diperbaharui (RE) menjelang 2050 akan tercapai.

    “Usaha ini supaya pemisahan antara pembangunan ekonomi dan permintaan tenaga dapat mencapai matlamat pelepasan karbon rendah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pihak berkuasa telah menjalankan pelbagai program tenaga mampan (SE) yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 12 tahun lepas termasuk penjanaan tenaga bersih daripada program sumber RE serta program penggunaan dan pengurusan tenaga.

    “Program itu akan memastikan industri SE terus maju di samping memenuhi sasaran Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050,” katanya.

    Beliau juga berkata kesan daripada program yang dijalankan oleh SEDA, seperti mekanisme Tarif Galakan (FiT) dan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) boleh dilihat bukan sahaja dari aspek pengurangan pelepasan karbon tetapi juga membawa masuk pelaburan ke Malaysia.

    “Sebagai contoh, pada 2023 sahaja, program NEM telah berjaya menarik pelaburan tempatan dalam projek RE bernilai RM3 bilion,” katanya.

    Beliau juga menyatakan bahawa isu perubahan iklim bukan sahaja melibatkan sektor tenaga tetapi turut melibatkan sektor lain yang turut memainkan peranan penting seperti biodiversiti dan perhutanan. – Bernama

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...