Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sedang tunai umrah, Fattah Amin tak lupa mangsa banjir

    Sedang mengerjakan ibadah umrah, pelakon Fattah Amin tidak lupa menitipkan doa buat mangsa banjir di Malaysia.

    Malah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, turut membuka ruang kepada pengikutnya di media sosial bagi mengirimkan sebarang doa untuk dibacakan di Tanah Suci Mekah.
    “Assalamualaikum, apa khabar semua. Insya-Allah siapa yang ada atau nak kirimkan doa saya akan cuba bacakan hari ini (Jumaat).

    “Saya doakan juga kepada semua mangsa banjir supaya Allah bantu mudahkan urusan semuanya,” katanya.

    Fattah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat.

    Dalam pada itu, pelakon filem KL Special Force itu turut memohon maaf jika dia tidak sempat membacakan doa yang dikirimkan peminat di media sosial.

    “Bagi yang saya tak sempat baca kiriman doa awda, saya minta maaf ya,” ujarnya.

    Sebelum itu, Fattah memaklumkan dia dan keluarga berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 November lalu.

    Aktor berkenaan turut memohon peminat untuk mendoakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan. – Agensi

    Fattah kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarga di Tanah Suci. – Hibglam
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda