Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sedap, menyelerakan

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Nasi beriani merupakan hidangan yang asalnya dari Asia Selatan dan Timur Tengah.

    Ia kemudian menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat di negara ini selepas banyak kedai-kedai makan India dan Pakistan bertapak di sini.

    Ia sememangnya satu menu yang cukup sedap dan tidak menjemukan. Biasanya nasi beriani ini akan dihidangkan bersama ayam beriani dan acar mentah.

    Tidak dinafikan kombinasi nasi beriani dan ayam beriani serta acar menjadikan satu hidangan yang sangat menyelerakan.

    Sebenarnya cara untuk membuat nasi beriani ini tidaklah rumit seperti mana yang kita fikirkan dan awda boleh cuba untuk membuatnya sendiri.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    BAHAN-BAHAN

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi beriani terbahagi kepada beberapa bahagian. Yang pertama bahan-bahan untuk ayam beriani adalah seperti ayam, serbuk kunyit, garam, minyak goreng ayam, minyak sapi, rempah empat sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, bawang besar, daun pandan, bawang putih dan halia yang dikisar, rempah beriani, cili hijau, kismis goreng, tomato, sos tomato, sos cili, susu cair, bawang goreng dan daun ketumbar.

    Manakala bahan-bahan yang diperlukan untuk nasi beriani adalah seperti minyak sapi, minyak masak, rempah empat sekawan iaitu kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga, bawang putih yang dikisar, halia yang dikisar, daun pandan, tomato, beras, air, gula batu, garam, kismis, susu cair, kuah ayam beriani, pewarna dan minyak sapi cair. Bahan-bahan yang diperlukan untuk acar mentah pula adalah seperti timun, lobak, bawang besar, cili padi, nanas, jus limau, gula dan garam.

    CARA PENYEDIAAN

    Mula-mula kisar halus bawang putih dengan sedikit air atau minyak diikuti dengan halia bawang merah, tomato dan cili hijau. Kisar halus setiap bahan secara berasingan.

    Kemudian gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam lalu perap seketika. Selepas itu bancuh rempah beriani dengan air dan gaul hingga sebati. Setelah itu gaul sedikit garam pada hirisan nipis bawang merah dan goreng sehingga keperangan.

    Setelah itu goreng perapan ayam sehingga separuh masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan minyak sapi, rempah empat sekawan, hirisan bawang besar dan daun pandan. Kacau sehingga naik bau. Kemudian tumis pes kisar halus bawang putih dan halia sehingga agak garing. Masukkan bancuhan rempah beriani, pes kisar cili hijau besar dan pes tomato.

    Kemudian masukkan ayam goreng, kismis goreng, tomato, sos cili, daun bay, yogurt asli, susu cair, bawang goreng dan garam secukup rasa. Masak kesemua bahan sehingga kuah ayam beriani menjadi pekat. Selepas itu taburkan dengan daun ketumbar dan bawang goreng.

    Manakala cara-cara untuk membuat nasi beriani pula, mula-mula goreng gajus sehingga agak kekuningan. Kemudian panaskan minyak sapi dan minyak masak, lalu tumis rempah empat sekawan, pes kisar bawang putih, pes kisar halia, daun pandan, tomato dadu dan beras. Selepas itu masukkan daun bay, air, gula batu dan garam secukupnya, kacau sehingga bahan sebati. Tutup sekejap sehingga agak kering. Tambah kismis dan susu cair lalu masak sehingga kering.

    Selepas itu tuang sedikit kuah ayam beriani dalam nasi, tambah pewarna, bawang goreng, gajus goreng dan daun ketumbar dan masak sehingga kering, kemudian tuang minyak sapi yang telah dicairkan.

    Manakala cara-cara untuk menghasilkan acar mentah pula, mula-mula potong bahan-bahan acar, masukkan jus limau, pati oren sunquick, gula dan sedikit garam, kacau sebati dan tambah sedikit air jika perlu. Sejukkan sekejap dalam peti ais dan terakhir sekali hidangkan nasi beriani dengan ayam beriani, acar mentah dan ia pun sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

    BAHAN-BAHAN:

    • Bahan-bahan untuk ayam beriani:
    o ayam
    o serbuk kunyit
    o garam
    o minyak gorengan ayam
    o minyak sapi
    o Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    o bawang besar
    o daun pandan
    o bawang putih kisar
    o halia kisar
    o rempah briyani
    o cili hijau besar
    o kismis goreng
    o tomato
    o sos cili
    o daun bay
    o yogurt asli
    o susu cair
    o bawang goreng
    o Garam secukup rasa
    o Daun ketumbar

    • Bahan-bahan nasi beriani:
    o minyak sapi
    o minyak masak
    o Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 2 bunga lawang, 3 cengkih, 4 pelaga)
    o bawang putih kisar
    o halia kisar
    o daun pandan
    o tomato
    o beras
    o air
    o gula batu
    o garam secukup rasa
    o kismis
    o susu cair
    o kuah ayam briyani
    o pewarna oren & kuning
    o minyak sapi cair

    • Bahan-bahan acar mentah:
    o timun
    o lobak
    o bawang besar
    o cili padi
    o nenas
    o jus limau
    o pati oren sunquick
    o gula
    o sedikit garam

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda