Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    SEDCE, Gentari formalkan usaha sama bangunkan hab hidrogen S’wak

    KUCHING, 10 JUN – Anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) dan Gentari Hydrogen Sdn Bhd hari ini bertukar dokumen untuk memformalkan usaha sama membangunkan Hab H2 Sarawak, sebuah hab pengeluaran hidrogen (H2) skala global di Bintulu.

    Majlis pertukaran dokumen itu dilakukan pada Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik 2024 yang diadakan dengan disaksikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

    Dalam kenyataan bersama bagi majlis itu, SEDCE dan Gentari menjelaskan Hab H2 Sarawak akan menjadi kemudahan untuk menyeragamkan dan mengoptimumkan semua projek pengeluaran H2 di kawasan Bintulu, selain beroperasi sebagai pembekal tunggal H2 hijau untuk kemudahan hiliran di rantau itu.

    Project H2ornbill, dengan kerjasama firma Jepun, ENEOS dan Sumitomo Corp serta Project H2biscus, perkongsian dengan firma Korea Selatan iaitu Samsung Engineering, Lotte Chemical dan KNOC pula untuk mewujudkan kemudahan derivatif hidrogen, akan menjadi sebahagian daripada Hab H2 Sarawak.

    “Hab itu menerima pakai konsep plug and play yang unik, menggunakan pendekatan modular untuk menyepadukan unit pengeluaran H2 ke dalam hab dengan utiliti lazim dan perkhidmatan sampingan dibangunkan lebih awal,” tambahnya.

    Perkongsian itu menandakan pencapai-an penting dalam merealisasikan aspirasi Sarawak untuk memperluas penggunaan tenaga bersih, menyokong matlamat untuk menjadi pengeluar H2 komersial pada 2027 dan peserta utama dalam ekonomi H2. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...