SAINT-QUENTIN, 19 Okt – Polis Perancis telah menemui mayat lelaki yang telah dimumiakan, meninggal dunia sedekad yang lalu, di sebuah flat milik anak lelakinya yang berusia 79, yang meninggal dunia bulan lalu.
Sumber polis berkata penemuan mengerikan dibuat tiga hari selepas kematian anak lelakinya di Saint-Quentin di timur laut Perancis.
Seorang sepupu, kepada lelaki yang meninggal dunia itu, pergi untuk membersihkan flat tersebut dan menemui mayat bapa lelaki itu yang dimumiakan di bawah selimut.
Bapa lelaki itu sudah meninggal dunia selama 10 tahun,” menurut sumber.
Kedua-dua lelaki itu meninggal dunia kerana sakit tua. – AFP