Oleh Yusrin Junaidi – BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Perhimpunan Majlis Ilmu Tahun 2025 yang membawa tema Negara Ditanai dengan Sedekah menekankan kepentingan nilai sedekah dalam membentuk masyarakat sejahtera dan memacu kemakmuran negara. Tema tersebut dianggap amat bertepatan dengan realiti kehidupan moden yang semakin progresif namun penuh cabaran yang menuntut kesabaran, kecekalan dan pengorbanan,

