Oleh Daniel Lim –
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Tiga pemain badminton dari DX Badminton berlepas meninggalkan negara hari ini untuk bersaing dalam Kejohanan Badminton UTP-Felet Smash 2024 yang akan datang.
Disokong oleh Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, para pemain akan bertanding dalam dua kategori berasingan, dengan Mohd Marhanif bin Mohd Ali bertanding dalam Kategori Terbuka Perseorangan Lelaki, manakala gandingan Hilmi bin Mohd Hasan dan Mohd Hairul bin Roslan akan bertanding dalam Kategori Beregu Lelaki Novice.
Kejohanan itu akan diadakan pada 29 dan 30 Jun di Gelanggang Badminton Pusat Sukan IPro di Kampar, Perak, Malaysia.
