
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Dunia yang kini berhadapan era Revolusi Industri 4.0 menyaksikan teknologi memainkan peranan sangat penting dalam mengatur cara hidup, cara bekerja dan sebagai sebuah universiti teknologi, Universiti Teknologi Brunei (UTB) perlu bersedia berhadapan cabaran revolusi ini dengan melengkapkan ilmu dan kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) bertitah menekankan cabaran yang dihadapi UTB itu pada Majlis Konvokesyen ke-6 UTB di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, kelmarin.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)