BIARRITZ, PERANCIS, 26 OGOS – Adanya tanda-tanda mereda dalam ketegangan perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika Presiden Donald Trump berkata delegasi-delegasi seharusnya menyambung semula rundingan ‘tidak lama lagi’ dan perundi-ngan tertinggi Beijing menyeru agar ‘bertenang’.
Kedua-dua pihak terlibat dalam pertikaian bertahun lamanya yang menyaksikan tarif dikenakan berbilion dolar ke atas nilai barangan dalam perdagangan dua hala, dengan pertikaian memuncak pada hujung minggu.
Namun hanya selepas tiga hari selepas mengumumkan kenaikan tarif bersama, Trump memberitahu para wartawan di sidang kemuncak G7 di Biarritz Perancis bahawa adanya dua panggilan telefon yang ‘sangat, sangat bagus’ daripada para pegawai atasan China.’
“China semalam meng-hubungi…berkata ayuh berunding. Oleh itu kami akan memulakan lagi rundingan,” katanya hari ini, menambah bahawa ‘mereka ingin membuat perjanjian’.
Dia kemudian berkata rundingan dengan China ‘lebih bermakna pada bila-bila masa’ kerana AS tetap melakukan yang terbaik sementara China akan ‘kehilangan berjuta-juta pekerjaan’. Komen Trump disusuli dengan langkah daripada perunding perdagangan paling berkuasa di China, Naib Perdana Menteri Liu He, untuk mengurangkan ketegangan memuncak.
“Kami sedia untuk menyelesaikan masalah menerusi konsultasi dan kerjasama de-ngan sikap tenang,” kata Liu, menurut laporan daripada outlet berita China, Caixin.
“Kami dengan tegas menentang peningkatan perang perdagangan,” katanya, semasa berucap pada majlis perasmian Ekspo Pintar China 2019 di bandar tenggara Chongqing. – AFP