Thursday, January 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sedia sahut cabaran rentas Gunung Berapi aktif

    NEW YORK – Dengan suasana panas, gas beracun, cecair lava, kondisi Nik Wallenda untuk berjalan di atas tali merentasi gunung berapi adalah benar-benar aksi yang cukup membahayakan dan itulah cara yang dia mahukan.

    Wallenda akan merentasi Gunung Berapi Masaya di Nicaragua dalam aksi ngeri yang dia katakan akan terus dilakukannya, tidak kira dalam apa jua keadaannya.

    “Saya berjalan di atas gunung berapi yang aktif, menghadapi setiap cabaran alam dunia yang dapat menolak saya dengan angin yang kencang di kawasan yang mengandungi gas itu, sudah tentu, kepanasan dari gunung berapi itu, serta fakta bahawa ia merupakan satu perjalanan terpanjang dan paling tinggi yang pernah saya cuba,” katanya.

    Rancangan “Volcano Live with Nik Wallenda” akan disiarkan di televisyen selama dua jam secara langsung di saluaran ABC bermula jam 8 pagi.

    Sebelum ini Wallenda telah melakukan aksi berjalan kaki di atas tali, merentasi bangunan Times Square, dia berjalan di atas kabel berketinggian 1,300 kaki, dan telah lama mengimpikan untuk melakukan aksi merentasi gunung berapi yang aktif. Gunung Berapi Masaya dengan lasik lava yang aktif berketinggian 1,800 kaki dari bawah di mana Wallenda akan menyeberanginya dengan semua kriterianya.

    Aksi Nik Wallenda ketika berjalan merentasi di atas kabel wayar adalah benar-benar aksi yang cukup membahayakan. –AP
    Wallenda telah melakukan aksi baru-baru ini, dia merentasi bangunan Times Square, dia berjalan di atas kabel berketinggian 1,300 kaki (396 meter). – Agensi
    Gunung Berapi Masaya di Nicaragua. – Agensi

    Semasa temubual pada bulan Januari lalu, Wallenda menyatakan cabaran-cabaran yang bakal dia hadapi atau faedah menyeberang Gunung Masaya.

    “Yang terbaik bukan apa yang di fikirkan. Salah satu yang saya fikirkan adalah situasi terbaik untuk berjalan kaki di atas wayar ialah dengan tiada halangan angin dan tiada gas. Bagi saya, semua ini tambahan bagi drama dan satu keseronokan, “kata Wallenda.

    “Saya memang mahu lakukan aksi ini, tetapi juga dengan jarak yang betul. Sekali lagi, ini adalah perjalanan aksi yang paling lama dan tertinggi yang pernah saya lakukan.

    Itulah salah satu sebab mengapa saya benar-benar menyukai gunung berapi ini dan juga fakta mengenainya bahawa ia mempunyai tasik lava yang aktif di bawah.”

    Keadaan seperti itu menjadikannya seperti satu perkara yang mustahil untuk mendirikan wayar kabel terlebih dahulu.

    “Kabel tidak boleh naik lebih awal kerana gas-gas sulfur di udara sebenarnya akan memakan atau merosakkan kabel tersebut di mana ia benar-benar akan hancur,” kata Wallenda.

    “Kita tidak boleh meletakkannya terlebih dahulu. Ia perlu diletakkan dalam waktu yang sangat singkat atau terdekat sebelum aksi berjalan kaki sebenar dilakukan.”

    Itu menimbulkan persoalan bagaimana Wallenda akan melakukan aksi dengan menghadapi setiap cabaran alam tanpa melihat tali atau wayar kabel itu terlebih dahulu?

    Berjalan dengan ditutup mata, sudah tentu. Dari awal sehingga pengakhirannya, Wallenda telah melakukan persediaan di rumahnya di Florida.

    “Saya akan berlatih di dalam bilik yang berasap, tetapi latihan itu percaya atau tidak, dengan mata saya ditutup, latihan dengan topeng gas, latihan dengan kaca mata goggle, latihan dengan mesin angin. Saya telah menghadapinya,” jelas Wallenda.

    Wallenda adalah generasi ketujuh akrobat dan berasal dari keluarga yang melakukan aksi berjalan kaki di atas tali. Untuk aksi utama yang terakhir dia lakukan, secara langsung telah disiarkan di televisyen di New York Times Square, Wallenda telah disediakan keselamatan sekiranya berlaku kejatuhan.

    Tetapi itu adalah salah satu peraturan daripada New York City demi menjaga keselamatannya sendiri. Kali ini, Wallenda berharap tidak ada protokol keselamatan, selain pasukan keselamatannya.

    “Jika sesuatu akan berlaku, saya telah melatih seluruh hidup saya untuk turun dan memegang wayar itu dan menunggu bantuan,” kata Wallenda.

    Bergantung pada situasi dan keadaan yang berlaku, Wallenda menjangkakan satu pertiga daripada aksi berjalan kakinya akan mengambil masa dalam 30 hingga 35 minit.

    “Ia benar-benar bergantung kepada gunung berapi itu dan bagaimana keadaannya pada hari tersebut. Saya pernah berada di sana ketika keadaannya terang dan jelas, dan saya pernah berada di sana ketika keadaan 5 kaki di hadapan anda langsung gelap-gelita.

    “Tak kira apa keadaan cuaca, bila sudah tiba masanya, ia tetap akan berlaku.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda