Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sedih tak dapat jumpa buat kali terakhir

    Berita pelakon dan model Taiwan Godfrey Gao meninggal dunia baru-baru ini memberi kesan kepada rakan-rakan selebritinya termasuk pelakon Indonesia Raline Shah.

    Raline meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat bertemu dengan rakan baiknya itu buat kali terakhir. Dia memuat naik sebuah posting bersama mendiang Godfrey di Instagram dengan ucapan takziah.

    “Baru saja mendarat untuk mendengar khabar sedih mengenai kehilangan seorang bintang yang terlalu cepat. Saya fikir kami akan berjumpa lagi tapi ternyata itu tak akan pernah terjadi,” tulisnya.

    Tambah Raline, kematian rakan baiknya itu menyedarkan dia bahawa jangka masa hidup seseorang itu tidak diketahui. “Kita sering lupa betapa rapuhnya hidup dan ini adalah peringatan yang hebat. Rehat dengan tenang, Godfrey. Awak pergi terlalu cepat,” tulisnya.

    Aktor kelahiran Taiwan-Kanada, Godfrey disahkan meninggal dunia semasa menjalani penggambaran bagi program realiti popular Chase Me. Kematian Godfrey akibat serangan jantung pada awal pagi Rabu dan berkemungkinan besar disebabkan oleh gaya hidupnya yang terlalu sibuk. – Agensi

    Raline meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat bertemu dengan rakan baiknya itu buat kali terakhir. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda