Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sega, Microsoft bina permainan dalam platform awan

    NEW YORK, 1 NOV – Syarikat hiburan Jepun, Sega mengumumkan hari ini ia telah bersetuju dengan perikatan strategik bersama pereka Xbox, Microsoft untuk membangunkan permainan video dalam platform awan Azure, Amerika.

    Kerjasama itu adalah sebahagian daripada projek ‘Super Game’ jangka panjang Sega untuk membangunkan kerjasama itu dengan cita-cita antarabangsa menelan belanja besar, kata syarikat itu, yang bermula terkenal dengan siri ‘Sonic the Hedgehog’.

    “Dengan dunia sekarang lebih bersambung daripada sebelumnya susulan penggunaan meluas 5G dan perkhidmatan awan beberapa tahun kebelakangan, para pengguna dengan mudah boleh menikmati kandungan hiburan berkualiti tinggi pada bila-bila masa,” kata pembuat permainan Jepun dalam satu kenyataan.

    “Dengan bekerja bersama Microsoft untuk memenuhi trend seumpamanya ketika mereka maju ke hadapan, matlamatnya adalah untuk mengoptimumkan proses perkembangan dan terus membawa pengalaman berkualiti tinggi bagi para pemain menggunakan teknologi-teknologi awan Azure.

    Kerjasama dibangunkan oleh Sega terutamanya bagi server Azure boleh diperolehi beberapa tahun akan datang dalam Xbox Game Pass, perkhidmatan langganan bulanan yang memberi pengguna akses kepada katalog permainan terbesar menerusi konsol Xbox.

    Beberapa permainan Sega termasuk francais ‘Yakuza’ sudah pun boleh diperolehi dalam Game Pass. Beberapa daripadanya juga boleh didapati dalam langganan Playstation Now, Sony, atau kedai digital Nintendo. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda