Saturday, February 15, 2025
32.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Segelintir warga Hong Kong ‘kesempitan’ tempat tinggal

    HONG KONG, 14 FEB – Berpuluh-puluh ribu orang di Hong Kong yang berpenduduk padat, tinggal di kediaman kecil yang dibuat daripada unit pangsapuri yang dibahagi-bahagikan sehingga luasnya lebih kecil daripada tempat letak kereta.

    Namun ia adalah pilihan yang berpatutan bagi pelajar dan keluarga berpendapatan rendah walaupun sering ‘berlanggar bahu’ sesama penghuni di ruang kediaman yang sempit.

    Kerajaan bandar itu telah mencadangkan peraturan baharu yang akan menetapkan piawaian minimum untuk unit perumahan tersebut.

    Namun penduduk dan penyokong golongan miskin bimbang ia boleh menaikkan kadar sewa dan menyukarkan lagi untuk bertahan di bandar berkenaan.

    Matlamat akhir bandar itu, seperti yang dimandatkan oleh Beijing, adalah untuk menghapuskan pangsapuri yang dibahagi-bahagi dalam tempoh 25 tahun akan datang.

    Pegawai juga menyasarkan untuk meluluskan peraturan menjadi undang-undang dalam tahun-tahun mendatang. Selepas itu, tuan-tuan tanah akan mempunyai tempoh untuk membuat ‘rumah-rumah kecil’ memenuhi syarat yang ditetapkan.

    Kerajaan Hong Kong juga telah berjanji untuk membantu penduduk yang terjejas dalam penempatan semula dan menggunakan pendekatan secara beransur-ansur dalam pelaksanaan dasar bagi mengelakkan panik. – AFP

    Seorang penduduk dikenali sebagai Cheung menonton televisyen di flatnya di daerah Sham Shui Po, Hong Kong, pada 6 Februari .- AP 
    Tsang Mei Qin sedang berehat di flatnya di daerah Sham Shui Po, Hong Kong pada 6 Februari. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda