Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sejadah idaman tak kunjung siap

    Sekadar untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada bakal-bakal jemaah yang hendak menunaikan ibadah haji atau umrah, saya ingin berkongsi satu kisah di mana setelah bertahun-tahun menyimpan impian, akhirnya saya berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci baru-baru ini untuk mengerjakan umrah.

    Pengalaman di kota suci Mekah dan Madinah benar-benar menyentuh hati dan memberi ketenangan jiwa. Sebelum kembali ke tanah air, saya bercadang untuk membeli beberapa sejadah dengan ukiran nama orang-orang tersayang sebagai buah tangan. Pilihan saya jatuh pada sebuah kedai kecil di kaki lima berdekatan Masjid Nabawi yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Tuan kedai berjanji untuk menyiapkan pesanan dalam masa dua hingga tiga jam sahaja.

    Namun, hakikatnya tidak seperti yang dijanjikan. Setelah menunggu beberapa jam, saya kembali ke kedai tersebut hanya untuk mendapati pesanan saya belum siap. Dengan penuh sabar, saya menunggu hingga keesokan harinya, namun sejadah yang diharapkan masih belum siap.

    Perasaan kecewa mula menyelubungi hati saya. Bayangan wajah gembira orang-orang tersayang yang ingin saya hadiahkan sejadah itu bertukar menjadi rasa resah dan gelisah.

    Saya tidak tahu apa yang harus dilakukan, kerana waktu semakin suntuk untuk saya kembali ke tanah air.

    Gambar Freepik

    Ketika itu, saya berasa buntu dan tidak tahu harus berbuat apa. Adakah saya patut meminta balik wang saya dan mencuba mencari buah tangan lain? Saya benar-benar memerlukan cadangan dan nasihat daripada orang ramai. Perasaan kecewa ini sukar digambarkan, dan saya hanya berharap agar ada jalan keluar yang terbaik untuk masalah ini agar ia tidak berulang kepada jemaah yang lain.

    Haji Zul

    NASIHAT DANG MP

    Terima kasih atas perkongsian kisah awda dalam ruangan khas ini. Setelah meneliti jalan kisah yang awda lalui di atas, seingat saya pada tahun lalu, saya juga pernah mengalami hal yang serupa, namun ketika itu tindakan pertama yang saya lakukan adalah dengan menghubungi tuan kedai di tanah suci itu untuk mendapatkan penjelasan, untungnya mereka memberikan kepastian bila pesanan akan siap dan akhirnya menunaikan janji mereka.

    Natijahnya, sebagai pengajaran buat awda dan para pembaca yang lain, saya cadangkan supaya segera menghubungi tuan kedai untuk mengatasi masalah berkenaan. Jika pesanan masih belum siap dan masa semakin suntuk, pertimbangkan untuk meminta bayaran balik.

    Sementara itu, cari kedai alternatif yang mungkin dapat menyiapkan sejadah dalam masa yang lebih singkat. Jika tuan kedai enggan bekerjasama, laporkan masalah kepada pihak berkuasa tempatan yang menguruskan perniagaan di kawasan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...