Masa begitu cepat meninggalkan kita, apa yang terjadi pada hari ini akan menjadi sejarah pada keesokan harinya, begitu juga ibu negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan.
Bandar Seri Begawan bakal menyambut ulang tahun ke-50 tahun sempena pertukaran nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan pada 4 Oktober tahun depan. Menyentuh mengenai Bandar Seri Begawan, yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Brunei, telah melalui transformasi yang pesat selepas 50 tahun.
Terdapat banyak peristiwa suka dan duka yang berlaku di bandar ini seperti tragedi kebakaran besar-besaran pada bulan Februari 1981 dan 27 Ogos 1990 yang telah melenyapkan dua buah kampung yang pernah mencipta sejarahnya sendiri iaitu Kampung Sultan Lama dan Kampung Pemancha Lama.
Dalam memastikan detik-detik bersejarah ibu negara kita ini tidak akan pernah pupus daripada ingatan, pihak-pihak yang berkepentingan disarankan untuk melaksanakan pelbagai sambutan dalam usaha memeriahkan sekali gus mengekalkan identiti ibu negara kita bukan hanya di bulan Oktober. Inilah peluang besar bagi Bandar Seri Begawan dalam merealisasikan kegemilangannya, ditambah lagi dengan kecemerlangan dan penduduk berbilang bangsa di ibu kota.
Semoga saranan ini menjadi realiti, sekali gus menjadikan Bandar Seri Begawan terus moden bertepatan dengan gelaran Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Arkitek Brunei Moden. – Ugan Brunei, Bandar Seri Begawan