Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sejumlah AS$350 juta telah dibayar 1MDB kepada IPIC

    KUALA LUMPUR, 11 Ogos – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari memaklumkan bahawa berdasarkan kepada pindaan bertarikh 8 Ogos, 2017 ke atas Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan International Petroleum Investment Company PJSC (IPIC), ia telah membayar AS$350 juta setakat ini.

    “Baki daripada tanggungjawab pembayaran asal bertarikh 31 Julai, 2017 kepada IPIC kini adalah mengikut tarikh akhir pada 31 Ogos, 2017,” menurut 1MDB dalam kenyataan di sini, hari ini.

    1MDB turut mengulangi bahawa kesemua bayaran kepada IPIC adalah daripada hasil program rasionalisasi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda