Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Dengan matlamat untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan, Sekolah Bakti Dewa telah mengadakan penyerahan sumbangan kepada 10 buah keluarga yang kurang berkemampuan di kawasan Kampung
Kasat, kelmarin.
Sumbangan berkenan merupakan hasil kutipan daripada ibu bapa, guru-guru, kakitangan dan pihak pengurusan Sekolah Bakti Dewa.
Ia dihasratkan untuk meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan dan dapat menikmati suasana Hari Raya Aidilfitri yang akan bakal tiba.
