Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sek Nusa Laila Puteri anjur sambutan Hari Guru

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Bagi meraikan jasa dan pengorbanan para pendidik, Sekolah Nusa Laila Puteri, cawangan Kiulap (NLPS) mengadakan Sambutan Hari Guru NLPS 2025 yang berlangsung pagi tadi.

    Sambutan berkenaan antara lain bertujuan untuk menzahirkan penghargaan kepada para guru di samping menceriakan suasana sekolah melalui pelbagai aktiviti menarik yang disertai oleh para pelajar.

    Menariknya pada tahun ini, sambutan diadakan dengan tema Career Day,yang mana para pelajar digalakkan untuk hadir berpakaian mengikut cita-cita mereka seperti guru, juruteknik, tukang masak dan pelbagai lagi watak kerjaya masa depan. Mereka juga dibenarkan membawa aksesori atau alat peraga seperti topi dan prop bagi melengkapkan penampilan masing-masing.

    Sambutan berkenaan bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mengekspresikan impian mereka, tetapi juga memperkukuh semangat kebersamaan antara guru dan pelajar dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.

    Semua di atas: Antara suasana semasa sambutan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SEKOLAH NUSA LAILA PUTERI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda