MALAYSIA – Sebagai topik kegemaran rakyat Malaysia, makanan sememangnya menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan.
Tidak jarang orang tempatan bercakap tentang apa yang mereka rancangkan untuk makan malam semasa makan tengah hari.
Tetapi itulah yang diharapkan sebuah negara yang kebiasaannya memberikan salam selalunya bertanyakan sama ada seseorang sudah makan.
Dengan suasana makanan yang sentiasa berkembang, pengunjung sering rambang mata untuk membuat pilihan.
Cara terbaik untuk mengukur rasa dan kualiti apa yang ditawarkan di restoran atau gerai penjaja biasanya dengan melihat barisan pelanggan.





Bagaimanapun, penggemar makanan yang berpengalaman juga menggesa berhati-hati memandangkan sesetengah pertubuhan diketahui menggunakan video tular untuk menarik pelanggan.
Merasa hidangan secara peribadi kekal sebagai satu-satunya formula yang terbukti berkesan untuk memastikan sama ada sesebuah kedai makan berbaloi untuk dikunjungi.
Cara terbaik untuk menikmati makanan Malaysia adalah melupakan perdebatan tentang asal-usul kedai kegemaran sepanjang zaman dan memberikan tumpuan kepada rasa.
Terdapat pepatah yang popular dalam kalangan penggemar makanan mengenai kedai makan yang patut dikunjungi: “Sebaik sahaja awda mencubanya, awda akan mahu dua atau tiga kali”.
Selamat menjamu selera! – ANN/The Star

