Friday, December 27, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekatan Australia dibatalkan hujung minggu

    SYDNEY, 16 OKT – Penduduk Australia yang dikenakan sekatan di tenggara negara sedang menanti kebebasan pada hujung minggu ini tatkala jumlah koronavirus mencecah tahap rendah empat bulan hari ini.

    Negeri Victoria mencatat dua jangkitan koronavirus baharu dalam tempoh 24 jam lalu, menandakan langkah besar ke arah pembukaan semula Melbourne, bandar kedua terbesar negara, selepas dikenakan sekatan berbulan-bulan lamanya.

    “Kami bersedia mengambil langkah besar pada Ahad,” beritahu Perdana Menteri Victoria Daniel Andrews kepada media di Melbourne.

    “Hari ini adalah hari yang amat positif.”

    Namun langkah untuk membatalkan sekatan masih bersifat agak konservatif, menurut beliau, menekankan keperluan mengekalkan langkah penjarakan sosial demi mengelak satu lagi wabak.

    Selepas sekatan berbulan lamanya yang termasuk perintah berkurung di Melbourne, pengharaman ke atas perhimpunan awam dan sekatan jalan, perdana menteri negara hari ini mengucapkan tahniah kepada penduduk Victoria kerana berjaya mengawal wabak tersebut. – AFP

    Penumpang memakai penutup mulut dan hidung tiba dari New Zealand di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney kelmarin, selepas peraturan sempadan Australia dilonggarkan di bawah perjanjian perjalanan rentas Tasman satu hala. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda