Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekatan Internet akibat bantahan

    TEHRAN, 17 NOV – Pihak berkuasa telah menyekat akses Internet di Iran, agensi berita separuh kerajaan ISNA berkata hari ini, selepas dua hari bantahan di seluruh negara yang dicetuskan pemberontak akibat kenaikan harga petrol.

    “Akses Internet adalah terhad malam semalam dan untuk 24 jam seterusnya,” sumber maklumat di Kementerian Informasi dan Telekomunikasi berkata, dipetik oleh ISNA.

    Keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Iran dan komunikasi dengan penyedia perkhidmatan Internet semalam, tambah sumber itu.

    Ia berlaku selepas televisyen negara menuduh ‘media mencetuskan permusuhan’ cuba menggunakan berita palsu dan video di media sosial untuk memburukkan lagi protes secara meluas.

    Netblock, laman sesawang yang memantau perkhidmatan dalam talian, berkata kelmarin negara berdepan dengan gangguan penutupan internet. “Disahkan: Iran sekarang telah mengalami hampir keseluruhannya penutupan akses Internet; penyambungan data rangkaian menunjukkan 7 peratus daripada paras biasa selepas 12 jam pemutusan rangkaian progresif,” katanya di Twiter.

    Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan yang lain cedera semasa demonstrasi bermula di seluruh negara pada Jumaat malam, kata media Iran.

    Bantahan tercetus selepas satu jam pengumuman kenaikan harga petrol dengan kadar kenaikan 50 peratus bagi 60 liter pertama dan 300 peratus untuk selebihnya bagi setiap bulan. – AFP

    Penunjuk perasan menghalang jalan raya selepas pihak berkuasa menaikkan harga petrol di Tehran. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda