Sekatan jalan raya dipergiat

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Dalam usaha untuk memastikan para pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, agensi-agensi penguatkuasa undang-undang seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan beberapa operasi seperti sekatan jalan raya di negara ini.

Sehubungan dengan itu, satu operasi sekatan jalan raya telah dikendalikan oleh Balai Polis Seria kelmarin di kawasan Jalan Tengah Seria serta rondaan pencegahan jenayah yang berasingan di kawasan tadahan balai tersebut.

Operasi berkenaan telah melibatkan seramai 18 orang anggota balai yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis Percubaan Syed Mohammad Afidzul Azeez bin Sheikh Haji Abu Bakar.

Hasil daripada operasi tersebut, seorang pemandu telah dikeluarkan kompaun polis atas kesalahan cukai jalan raya yang telah mansuh dan tidak ada menjumpai sebarang perkara yang mencurigakan atau menyalahi undang-undang ketika rondaan dikendalikan.

PDB akan sentiasa berterusan mengadakan operasi sedemikian bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya mematuhi undang-undang jalan raya disamping berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan dan juga menghindari dari berlakunya jenayah.

Operasi sekatan jalan raya di kawasan Jalan Tengah Seria kelmarin. – Gambar oleh PDB