WASHINGTON, 22 MEI – Presiden AS, Joe Biden hari ini berkata beliau tidak akan menarik balik sebarang sekatan yang dikenakan ke atas China di tengah-tengah rancangan untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Presiden Xi Jinping, lapor Sputnik.
“Tidak, saya tidak akan melonggarkan sekatan,” kata Biden ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan melonggarkan beberapa sekatan ke atas China untuk memperbaiki hubungan dengan Beijing, termasuk sekatan ke atas Menteri Pertahanan China.
Biden pada Khamis berkata beliau akan bertemu dengan Xi tanpa mengira sama ada pertemuan itu diadakan tidak lama lagi atau sebaliknya. – Bernama


