Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekatan perjalanan Gaza dikurangkan

    GAZA, 30 Nov – Pihak Israel telah melancarkan program untuk menyediakan perkhidmatan ulang-alik bagi penduduk Gaza yang hendak pergi ke Pejabat Konsulat Amerika Syarikat di Baitulmuqaddis – satu operasi yang dapat mengurangkan salah satu sekatan terhadap rakyat Palestin yang ingin keluar daripada wilayah berkenaan.

    Israel hanya membenarkan sebilangan kecil penduduk Gaza untuk melalui Israel, yang kebanyakannya memerlukan rawatan perubatan atau atas alasan kemanusiaan yang lain. Dengan menyebutkan pertimbangan keselamatan untuk sekatan yang ketat.

    Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Israel telah menghalang penduduk daripada Gaza memasuki Israel untuk menghadiri sesi temu duga bagi mendapatkan visa perjalanan di Konsulat AS setelah beberapa pemohon melarikan diri mereka ke tempat persembunyian di Israel ataupun di Tebing Barat untuk mendapatkan pekerjaan.

    Sekatan-sekatan telah menghalang beratus-ratus orang daripada mendapatkan visa perjalanan di konsulat AS dengan tujuan untuk membuat perjalanan atau melanjutkan pelajaran di AS. – AP

    Warga Palestin dilihat berbaris sebelum menaiki bas yang membawa mereka ke Pejabat Konsulat AS di Baitulmuqaddis bagi menghadiri temu duga berdekatan dengan pusat pemeriksaan di Gaza, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda