TUNIS, 14 Feb – Jepun telah memutuskan untuk menghentikan larangan perjalanan ke Tunisia yang dikenakan sejak 2015, memetik keadaan keselamatan yang lebih baik, kata Kementerian Luar Tunisia, kelmarin.
Sekatan perjalanan untuk pelancong Jepun yang mengunjungi kawasan Tunis termasuk Tunis, Ariana, Manouba dan Ben Arous serta wilayah-wilayah Nabeul, Zaghouan, Beja, Siliana, Kairouan, Sfax, Sousse, Monastir dan Mahdia akan dihentikan, kata kementerian itu.
Ia berkata pihak berkuasa Jepun telah menyatakan kepuasan dengan usaha yang dilakukan oleh pihak keselamatan Tunisia di rantau ini untuk mencegah serangan pengganas. Menghentikan sekatan perjalanan Jepun ke Tunisia adalah salah satu tujuan lawatan rasmi ke Tokyo, Jepun pada November lalu oleh Menteri Luar Negeri Tunisia Khemais Jhinaoui. Menurut kementerian itu, Tunisia kini sedang berusaha untuk menggesa Jepun untuk menghentikan sekatan perjalanan ke lebih banyak wilayah. – Xinhua