TOKYO, 30 MEI – Sekatan Jepun terhadap Rusia akan menjejaskan 15,000 syarikat Jepun, yang mempunyai transaksi perniagaan secara langsung atau tidak langsung dengan Rusia, lapor Sputnik, memetik laporan akhbar Jepun Asahi hari ini.
Akhbar itu memetik seorang ahli politik yang mengatakan bahawa sekatan Jepun terhadap Rusia adalah sama seperti sekatan terhadap Korea Utara.
Kesan sekatan terhadap Moscow juga akan menjejaskan ribuan syarikat Jepun yang menjalankan perniagaan dengan Rusia secara langsung atau tidak langsung ekoran larangan import dan eksport, menurut laporan itu. – Bernama