Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Sekatan selaras terhadap Myanmar perlu’

    BANGKOK, 22 SEPT – Seorang pakar hak asasi kemanusiaan dilantik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini menyeru kerajaan dan syarikat menyelaraskan tindakan memulaukan kerajaan dipimpin junta, Myanmar dari sumber hasil dan senjatanya, mengatakan kehidupan di negara Asia Tenggara itu sudah menjadi ‘neraka’ bagi kebanyakan orang sejak jeneral merampas kuasa tahun lalu.

    Tom Andrews berada di Geneva untuk menyampaikan laporan tahunannya mengenai Myanmar kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, memberitahu wartawan meskipun banyak negara melaksanakan sekatan ke atas individu di negara itu, entiti tentera, institusi kewangan dan syarikat tenaga adalah yang diperlukan dalam tindakan selaras itu.

    Menurutnya, dengan beberapa negara berpengaruh terus membekalkan senjata kepada Myanmar, ia sukar untuk melaksanakan sekatan senjata dan ekonomi bersasar, menyaksikan hanya negara individu melaksanakan sekatan. Sehubungan itu, sekatan selaras adalah perlu, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...