Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekatan visa jejas kemasukan pelajar antarabangsa di UK

    LONDON, 11 NOV — Universiti di United Kingdom (UK) yang diiktiraf antara institusi pengajian tinggi paling berprestij di dunia kini mengalami penurunan kemasukan pelajar antarabangsa, ekoran sekatan visa yang menjejaskan pendapatan institusi-institusi tersebut.

    Sekatan visa itu memburukkan lagi cabaran sedia ada sejak UK keluar daripada Kesatuan Eropah empat tahun lalu.

    Pada 2022, hampir 760,000 pelajar asing mendaftar di universiti di UK, menjadikan negara itu destinasi kedua paling popular untuk pelajar antarabangsa selepas Amerika Syarikat, dalam persaingan pendidikan global yang semakin mencabar.

    Pelajar antarabangsa kebanyakannya berasal dari India, diikuti China dan Nigeria.

    Namun, pada tahun lalu, jumlah visa pelajar mencatat penurunan sebanyak 5 peratus. Dari Julai hingga September, permohonan visa pelajar menurun sebanyak 16 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

    Penurunan ini membimbangkan institusi pengajian tinggi UK, memandangkan pelajar antarabangsa dikenakan yuran yang jauh lebih tinggi berbanding pelajar tempatan.

    Leo Xui, 20, dari China, yang memulakan pengajian dalam bidang sains populasi dan kesihatan di University College London pada September, berkata pendaftaran di luar negara memberikan manfaat besar kepada kerjayanya.

    “Ia baik untuk kerjaya saya,” katanya, sambil menambah bahawa apabila kembali ke China, “saya akan dapat memohon kerja di syarikat asing.” – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda