Pelakon Yana Samsudin mendedahkan dia dan keluarga dijangkiti Influenza A namun hanya dirinya mengalami gejala yang agak teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Yana atau Nurliana Samsudin, 39, berkata, jangkitan tersebut bermula daripada dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofea, 3 tahun sehingga terpaksa menjalani kuarantin selama seminggu.
“Itulah Yana dah pesan dengan anak-anak, kalau nampak ada orang demam, lari dan jangan main dengan dia tapi mereka main juga.
“Dah terbaring dua beradik itu kena Influenza A, seminggu kuarantin.
“Sudah cuba asingkan tempat tidur, rajin pula budak dua orang itu datang melawat ibu dia. Dah berjangkit pula,” katanya.
Yana berkongsi mengenai keadaan dirinya dan keluarga menerusi satu hantaran di Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Yana menyifatkan jangkitan Influenza A lebih sakit berbanding COVID-19 seperti sakit kepala, gigi dan sendi.
“Sakit kepala, sakit gigi, sakit sendi semua. – Agensi