Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekeluarga terkandas dalam kenderaan akibat banjir

    SIBU, 13 JAN – Sepasang suami isteri bersama anak damit perempuan mereka terkandas apabila kenderaan dinaiki terperangkap dalam banjir di Jalan Lukut-Penyulau, Kanowit, Sarawak hari ini.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pasangan suami isteri berusia 41 tahun dan 29 tahun itu serta anak damit berusia empat bulan berjaya diselamatkan.

    Beliau berkata sebaik sahaja menerima panggilan pada jam 6:15 pagi, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit dengan kekuatan dua anggota bergerak ke lokasi.

    “Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kenderaan terperangkap dalam banjir. PKO bertindak menggunakan PPE Personal Floating Device (PFD) bergerak ke lokasi mangsa yang beranggaran jarak 130 meter.

    “PKO meredah air sedalam 1.2 meter dan berjaya membawa keluar ketiga-tiga mangsa ke tempat selamat dan operasi ditamatkan pada jam 7:33 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Satu keluarga terperangkap dalam kereta akibat banjir. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda