Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sekeluarga tiga beranak ditemukan mati

    LONDON, 6 FEB – Guru besar salah sebuah sekolah swasta elit di Britain ditemukan mati di premis sekolah pada hujung minggu bersama suami dan anak perempuannya, kata polis dan pegawai sekolah.

    Emma Pattison, 45, suami George, 39, dan anak perempuan Lettie, tujuh, ditemui di premis Kolej Epsom awal semalam oleh pegawai perubatan kecemasan.

    Butir-butir lanjut mengenai kematian tidak didedahkan.

    Polis di Surrey, barat daya London, telah menyifatkannya sebagai insiden asing dan berkata tidak adanya pihak ketiga yang terbabit. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda