BEIJING, 29 SEPT – Kira-kira 36 terkorban manakala 36 lagi cedera di timur China apabila bas yang dipenuhi ramai penumpang mengalami tayar pancit, berlanggar dengan sebuah trak, kata pihak berkuasa hari ini.
Bas itu membawa kapasiti maksimum seramai 69 orang itu telah menyerong ke lalu lintas bertentangan dan melanggar trak pengangkutan di lebuh raya di timur wilayah Jiangsu kelmarin pagi, kata biro keselamatan awam Yixing.
Siasatan awal mengatakan kemalangan itu berpunca akibat tayar pancit di tayar kiri hadapan bas, kata biro dalam satu kenyataan.
Sembilan orang cedera parah, 26 mengalami cedera ringan dan seorang telah dibenarkan keluar dari hospital. – AFP