Sekitar 46,000 pekerja GM mogok di AS

DETROIT, 16 SEPT – Pekerja Persatuan United Auto memulakan mogok seluruh negara ke atas General Motors (GM) hari ini, dengan kira-kira 46,000 anggotanya mogok kerja selepas rundingan kontrak menemui jalan buntu.

Langkah mogok itu yang Wall Street Journal gambarkan sebagai sekatan besar-besaran pertama di GM dalam masa lebih sedekad itu, muncul selepas kontrak empat tahun pengilang itu bersama para pekerja mansuh tanpa persetujuan atas penggantian.

Para pemimpin kesatuan tempatan bertemu di Detroit ‘dan memilih untuk mogok pada tengah malam Ahad,” kata UAW dalam akaun Twitternya.

“Ini adalah cara terakhir kami. Kami bersuara bagi hak fundamental rakyat bekerja di negara ini,” kata Terry Dittes, perundingan utama kesatuan bersama GM, memberitahu sidang media selepas mesyuarat itu.

Para pegawai UAW berkata kedua-dua belah pihak tidak bersependapat dalam rundingan kontrak dengan tidak bersetuju ke atas gaji, faedah penjagaan kesihatan, status pekerja sementara dan keselamatan kerja. – AFP

Anggota Pekerja Persatuan United Auto mengadakan piket di luar Kilang Pemasangan GM pada 16 September. – AFP